Life Bite #9 Cikgu Jaja mabuk

on Thursday, January 30, 2014

Assalamualaikumm

hyeeeeeee jaja is back! hehe

tahjuk entry tak menahan, cikgu Jaja mabuk???

rasanya berbulan bulan jaja tak hupdate entry. kasihan blog ku ini.

tapi apakan daya. Jaja mabuk teruk bila bukak laptop since Jaja dapat tahu yang Jaja pregnant! siries. pening2 nak muntah nak pitam semua. ehh..

PREGNANT!!! wahahaaa..clap clap.rasa nak lompat tinggi2 :)


Alhamdulillah..genap sebelas bulan honeymoon, akhirnya Allah kurniakan Jaja rejeki di saat Jaja tak sangka2 akan dapat waktu tu. 

sekarang usia kandungan sudah 6 bulan.. alhamdulillah mabuk beransur hilang.  walaupun kadang2 tu mai jugak mabuk sampai saat nie.. :p

pelan2 jaja login blog dan alhamdulillahhhh Jaja sedang menype sekarang! :) 

kalau nak cerita bab kehamilan memang panjanggg..tapi tu lah, banyak cerita disebalik susah payah Jaja dan suami dalam usaha mendapatkan zuriat naturally..

byk kali try mcm2 rawatan. urut2 pn dh byk kali.. 

hampir hampir Jaja give up memang ingt diri sendiri yang tak subur. dan memang Allah masih nak menduga Jaja dan suami. walaupun suami,  family dan doktor yg Jaja consult sentiasa meyakinkan Jaja yang semua nie urusan Tuhan..belum ada rejeki katanya

Nak dijadikan cerita, Jaja ada pergi berurut dengan kawan mak Jaja.. masa berurut seriously best! TAK sakit pon. sejuk je hati bila dgr makcik tu mulakan urut dgn basmalah dan doa yang jelas yang Jaja mafhum ertinya.

once, makcik tu tekan pusat Jaja, katanya: alhamdulillahh..ada nadi nie..

Jaja pun tanya, nadi apa??

katanya, Jaja takde masalah untuk hamil..cuma banyakkan bersabar..bangun malam..makan makanan yang sihat! 

but then tiba2 jaja terdetik nak try satu PRODUCT nie... dan tak lama lepas tu Jaja pregnant! Alhamdulillah..bukanlah ia kuasa makcik tadi mahupun product tersebut melainkan kehendak dan Izin Allah SWT :) product tu hanyalah jalan yang Allah gerakkan sebagai penyebab yang nyata. 

haaa..sesiapa yang nak tahu product apa nanti Jaja post pada up coming entry :) bubbyee nak berehat sekejap, baby nie gerak gerak ke kiri je lagi tadi :p
Tag :

Tips | Bagaimana menangani badan berbau

on Monday, September 2, 2013

Bismillah..

Bila badan busuk sape pun xnak dekat

kan??

haih..pening kepala tau dengan bau busuk yang datang dari badan tu 

Islam ajar umatnya bersuci 

Allah pun ada berfirman dalam surah Al Baqarah:222
"Ertinya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang yg bertaubat dan menyukai orang yg senantiasa menyucikan diri"

***********

so now jaja nak kongsikan tips menangani badan berbau


i would suggest you petua yang sangat sangat simple dan berbaloi baloi..
SABUN MARINE ESSENCE!!! 
sebab 

yang pertama, kita yang bekerja nie takde masa nak cari barang-barang untuk segala petua bersirih la berserai lah berlimau lah bagaiii....

sebab kesibukan kita nak semua benda jadi cepat berjalan lancar dan yang penting berkesan!
kadang-kadang tak perasan pun badan berbau sebab sibuk kan..peluh yang kuat menyebabkan badan jadi belengas..tak selesa dan tak segar!

belum tengahari badan sudah lesu masam sebab peluh seterusnya jadi berbau T__T

so SABUN MARINE ESSENCE nie dapat mengembalikan badan yang fresh dan bersih! 

cuma perlu guna sebagai sabun mandian hari hari anda!!

pagi petang dan malam..mesti rasa segar! seriously fresh! ya Allahh..memang best!!!

anak saudara jaja yang mengalami penyakit eczema pon dah sembuh and kulit sangat sangat flowy.. kesian baby kena eczema..tergaru sana sini..




tambahan lagi.. SABUN MARINE ESSENCE ada bayak lagi manfaatnya! bekas hitam di celah ketiak, belakang badan dan segala pelipat yang ada juga akan hilang! ohh trust me!! jaja dah try hokeyyy

cepat cepat PM  untuk dapatkan SABUN MARINE ESSENCE yang sangat sangat HOT nie!!!

SMS/WASSAP  type NAK ME
ke
019 653 3900

SEKARANG UNTUK HARGA YANG BEST !!!! :)





Tag : , , , , , ,

BFF wedding | Mabruk Najah & Zaid

on Sunday, September 1, 2013

Bismillah

lama jaja tak tepek gambar dalam blog

mari jaja tepek sekeping

sempena meraikan hari bahagia seorang lagi sahabat baik jaja since we were in primary!



Najah and Zaid both my schoolmate (muka pnganting laki xdop. sebab jaja mari awal. hukaloh kecek klate pulop :p )

mabruk! Barakallahu 'alaikuma

oh nak tempek lg sekeping full attire sebab member tanya dress beli kat mana



but however jaja bukan bukan penggemar fashion, bukan suka beli yang mahal mahal

tapi pakai mana yang sopan, harga tak mahal and of course yang menutup aurat.

baju nie pattern "kembang A"

jaja suka sebab seiring dengan kekembangan badan jaja :p

boleh dipadankan dengan palazzo atau skirt, ikut laa mana yang you selesa 

baju jaja beli kat sini

jaja padankan blouse dengan skirt Labella dari KZNabihah. memang ohhsemm! best sangat pakai. labuh dan selesa hokeyy :)

klik untuk ke page depa

Tag : , , , , , , , , ,

Tips | Petua sakit tekak, tonsil, ulser dan sebangsa dengannya

Bismillah

penyakit tu Allah yang bagi.

jangan mengeluh. jangan mengacum

rilek jer...rilekkkk

meh jaja nak share kepada semua, tip atau petua sakit tekak

since now i'm suffering of tonsillitis, i'll let u know that..

these two things gonna help you in relieve sakit di tonsil, tekak malah ulser!

first is..

vanilla ice cream! vanilla sahaja. yang lain tak valid


Next is..

air kosong!
plain water nie mudah sangat2 nak cari. bagi sejuk dulu badan..insyaAllah... berkesan

hamekk gedabak gambar jaja letak. kehkehkeh
kbye! assalaamualaikum

Tag : , , , , , , ,

Ramadhan si Tipah #4 Bazar Raya

on Monday, July 29, 2013

malam raya di bazar memang sesak

kalau bukan kerana si nani merengek nak kerongsang reben polka dot, tak mahunya dia datang ke mari

dari dalam kereta hingga ke bazar raya, si Tipah tak berhenti menasihati adiknya . katanya tudung raya Nani kan cuma satu, kenapa nak cari kerongsang lagi. belajarlah bersyukur dengan apa yang ada, jangan mengikut nafsu sangat! boleh pinjam kerongsang kak Tipah, kerongsang mak pon penuh satu laci. macam ex-bopren kak tipah kata, membeli yang kita perlu, bukan yang kita mahu! ceh

"kak Tipah! kak Tipahh!! tu tu!! nani nampak kerongsang reben polka dot!!"

"emmm.." sambut si Tipah acuh tak acuh

"cepat laaa kak Tipahh..terkedek kedek"

pekik si Nani. excited dia melihat objektifnya yang semakin hampir

"ehhh budak nie. aku cabut gigi kau tu kang.. mengata orang pulak.grr"

"kikikiki" si Nani gelak sopan. kalau gelak kuat nanti boleh jadi kak Tipah membebel bunyi sniper

Si Tipah perhatikan sekeliling

"banyak betei kerongsang nieh.. sampai naik silau mata gue" bisik si Tipah kepada dirinya sendiri

ada kerongsang yang besar, yang kecil, yang berantai rantai. tak kurang juga yang berbatu bata, bermutiara, berbentuk bulat, segi empat, diamond! pentagon! wahhh!!! heaven gila!!!



berahi si Tipah sudah sampai. peluhnya menitik tanpa dia sedar.

"kak Tipah! kenapa muka basah???" direct je si Nani menegur

"ehh..basah???" 

si Tipah cepat cepat mengelap dahinya dengan hujung lengan tshirt

"err..eh kau sibuklah Nani. pergilah tengok kerongsang polka polki yang kau nak sangat tu!" cover si Tipah

selepas 20 minit..

"kak Tipah, tudung raya kak tipah ada berapa??"

"ada dua. kenapa nani??"

"kalau dua tudung kak tipah cuma perlu 2 bijik kerongsang. tapi.. nani tengok penuh dua beg 
 plastik kerongsang kak Tipah borong! wahahaha"

"err...ini kak Tipah belikan untuk kawan ofis laaaaa" si Tipah cover lagi

ekekeke



moral: mari beramal dengan kata-kata yang dilontarkan. salam ramadhan! :)


Tag : , , , ,

Life Bite #7 krohh krohhh

on Monday, July 15, 2013


Bismillah

okay i get my weekends are important,

hujung minggu memang waktu berehat dan waktu berdating dengan suami

it may take some initial negotiating to figure out what fits best.

suami dok dalam hutan, memang sangat sangat sukar nak berhubung! now that we're husband and wife, our time investment is much greater.

once we schedule the weekend, we treat it like any other priority item on our calender. lets be honest jer lah, a strong relationship with my 'suami' is a top priority.

sebab hujung mingu jer laa masa untuk suami dan jaja dating on phone..online..etc :(

but once, ups not once. many time it would be like this:

kringg kringgg (phone ringing)

"assalamualaikum sayang"

"abang!!! waalaikumussalam" excited giler laki sendiri tepon

"sayang sehat ka bla bla bla..."

"alhamdulillah okey jer..bla bla bla..." 

"bla bla bla "

"ble bla bla bla bla bla" 

syok sembang. memang kumpul seminggu punya cerita

tetiba..

"krohhh krohhh"

"sayang. ooo sayang"

"kroohhh krohhhhh krohhh" flat. hanyut. mimpi sampai ke jepun

"sayang oihh.. tidoq dah ka..." panggil suami

"krohhh..."

tertidur katanyaaaa :p

*************

esoknya,

"sayang nie kan, senang betul nak tido kan?"

"ehh yeke. tak la"

"abeh semalam tu abang cakap sorang sorang rupanya" 

"err...heh hehe.."

"tak pa la..faham. bini abang penat gheja kot.."

"hehe hehehe.. sorryy" 


***********

jaja kuat tido

okay, admit that..satu kelemahan

kalau dah mengantuk, kat mana mana pon boleh landing

tetiba jer dah kroohh krohh

okay, satu lagi kelemahan, suami kata i ni berdengkur! hommaiii... :(

ehh berdengkohh???

"aaaa tipuu tipuuu xcaye xcayeeee. tak dengar pon"

"tapi abg dengar.hahahahaha"

aaaaaa ini tidak benarrrrrrr

T__T




Tag : , , , ,

Life Bite #6 Trip to Kota Kinabalu

on Saturday, July 13, 2013

Bismillah..

Alhamdulillah.. so far sebulan sekali jaja dapat jumpa suami.. so far lah. :p

al least, kami saling memberikan motivasi sesama sendiri bila jarang jarang berjumpa dan tinggal berasingan macam ni

in addition to nurturing the meek and quiet spirit  inwardly, jaja rasa, jaja should strive to maintain my outward attitude as well lah.. kena sentiasa nampak cool..tenang..err..beauty... i dont think so  :p

laki bini tinggal jauh..kena banyak banyak banyak bersabar. this is how wonderful life changing experience, being husband and wife wouldn't only meet husband's basic need. it's more than that!

faithful, loyal, and enthusiastic support. kena percaya, jujur.. dan yang penting jangan stress! #ehh

oh last week, jaja join trip rombongan sekolah suami ke kota kinabalu

before the trip, jaja excited ingatkan suami nak ajak ke Kundasang ker.. gunung kinabalu ker..macam yang selalu tengok kat drama. hiks

"abang, jom kita p kundasang. syoknyaa p tempat romantika de amor! "

"tak dak aih. kita p rombongan sekolah sayang oihh.. bawak budak sekolah kena la p zoo ka.. p muzium ka.."

-palm face-

"okay.. :( "

since well could meet my suami by the road , it was just enough. rindu laki oi!

okeh! mari teruskan membaca

sepanjang hidup jaja p mana mana hotel, tak pernah lagi jaja masuk hotel yang buat jaja rasa betul betul teruja. tapi di kota kinabalu, best sangat dapat stay di Tabung Haji Hotel yang sangat sangat awesome.

kerana apa????

kerana antaranya ada ini, doa tidur!

gamba nie sempat snap, gamba lain tak sempat :p

Allah hai.. in time macama pelik ek ada doa tidur..biasanya di hotel cuma ada tanda arah kiblat je. tp di TAHA Hotel memang thumbs up! bukan doa tido je, hotel tu juga ada sediakan kain pelekat, set telekung, sejadah malah ruang solat yang selesa! Allahuu.. kagum sangat!



itu gajah! siries gajah di taman hewan sabah tu kecik kecik.. :) alahai comey


:)

nampak x nampak x gambar kami p taman hewan lagi

Tag : , , , , , ,

Ramadhan si Tipah #2 moreh tepung pelita

on Friday, July 12, 2013



si Tipah dan tepung pelita berpisah tiada

sudah 3 hari ramadhan, si Tipah tak sempat lagi nak singgah ke bazar kuih muih.

si Tipah rindu nak makan tepung pelita. sangat!

terbayang bayang si Tipah dengan enaknya tepung pelita. putih pucat di atas menyembunyikan rasa marvelous jeli pandan di lapisan bawahnya, tergigit gigit pula hirisan sengkuang. saat ditelan begitu nikmat! lembut, nyaman, best! aaaahhh

tapi..kebizian si Tipah mengatasi tepung pelita pujaannya

bizi betei si Tipah, pulang dari ofis jam 5. kena harung jalanraya yang sesak pula untuk menjemput si Nani dari kelas tambahan di sekolah. maklong lahh..budak nak SPM, si Tipah sebagai kakak sulung tunjuk lah sikit keprihatinannya. kang kata tak TLC (tender love and care) pulak! setakat nak menjemput si Nani tak de hal lah.

sampai di rumah, bizi pula menolong emaknya bersiap untuk berbuka.

usai memasak dan mengemas sinki. si Tipah duduk mengeluh

"haihhh...bila laaa nak merasa tepung pelita ni"

"kurang pahala puasa kau kak Tipah..asyik ingat makanan je. giyahaha" kata si Nani

"kau diamlah nani. mana ada ingat makanan je. kak Tipah ingat juga pada mak, pada bella (kucing tipah), pada ex-bopren...koh koh koh " balas si Tipah

"aku betul betul mengidam ni tau nani..." sambung si Tipah

"euuww.." nani mencebik

***********
si Tipah menggeliat ke kiri. kemudian ke kanan. 

"ehh!!!" jerit si Tipah halus

si Tipah berpaling. ditoleh semula ke kanan.  dia nampak tepung pelita molek dihidang di atas talam di ruang belakang tempat sembahyang wanita 

"waahhh!!! aku mimpi ke ni???" dicubit cubit lengan sendiri. 

"adehh!! benarlah aku tak bermimpi.... ya Allahhh.. terima kasih ya Allahh..kau maha Mendengarr ya Allah.." rintih si Tipah sebab excited sangat sangat

lekas lekas si Tipah lipat kain telekung. digantikan tudung sarung di kepala. bedesupp si Tipah sudah berada di bahagian jamuan moreh kat belakang

si Tipah mencapai sebiji tepung pelita. disuanya ke mulut dengan aksi sangat teruja. sampai terpejam mata dia!

"eeemmmmmm.." 

si Tipah ambil lagi 2 biji. dia isi dalam plastik yg ntah dari mana datangnya. plastiknya besar pulak, si Tipah masukkan lagi 4 biji tepung pelita satu persatu, berhati hati supaya tepung pelita tak tergolek nanti 

si Tipah tak perasan, setiap gelagatnya diperhatikan makcik makcik jemaah masjid tadi, termasuk si Nani. 

makcik makcik yang ada menggeleng kepala beramai ramai. si Nani tepuk dahi

"kejadahnya kakak aku niiihhh"

si Tipah terus terusan tak sedar yang dirinya diperhatikan. dia fikir mahu bangun sambil menjinjit beg telekung dan..err..bersama beg plastik yang berisi tepung pelita tadi. 

panjang lehernya konon nak mencari Nani... baru saja bangun tetiba...

kelepekk!! 

tepung pelita jatuh terburai. rupanya plastik tu bocor. aiyakk!! 

si Tipah baru perasan bahawa semua mata sedang memandangnya. alamak! malu maluu!! muka si Tipah merah padam

"itu macam plastik selipar aku je!" bunyi suara salah seorang jemaah tadi. 

"aaaaaaa..errrr...sorryyyy" muka si Tipah dh jadi biru

"keh keh kui kui kui kui koh koh koh.." 

si Nani gelak jahat. 

***********

moral : usah cepat lupa akan nikmat Tuhan yang sementara. kan dah malu! salam ramadhan! :)


Tag : , , , ,

Ramadhan si Tipah #1 kerawang kerawang

on Thursday, July 11, 2013

krik krik

cengkerik mengejek

si tipah langsung tak heran. apekeheynyer cenggerik datang siang siang

krik krik krik. krik kik

"eh melebih lebih pulak si cengkerik ni. annoying betei" 

telekung baru ditepuk tepuk walaupun tak berdebu. sekejap sekejap si tipah tersengeh sendiri.

"heh hehehe hehe.."

si tipah tersengih lama. sempat pulak berangan pakai telekung kerawang kerawang menjadi makmum terawih dengan imamnya..

"ohh..di manakah imam ku.." 

gedeganggg!!!

"oh mak kau meletop letop terbalik tongkang imam kau oi imam ku oi imam siapa!!"

terkezut si tipah meleret leret dengan latahnya.

kihkihkih

"mak oihh. apekebende meletop tu!" jerit si tipah sampai naik serak.

"keh keh. kau ni tipahh..melatah kalah orang tua. tu doyan jatuh ke bumbung ler tu..." sambut si emak sambil ketawa terhenjut henjut

"ohhh"

tipah sambung membelek telekung made in Bandung yg baru dibelinya di ofis tadi

"cantiknyerrr telekong baru ku ini. tak sia sia beli. tapi mahal betei. ape lah yang mahal sangat.. kainnya kah. kerawangnya kah" ngomel si tipah telonya terikut ikut dengan telo si ahmad nisfu.

"ehh..kang nanti aku pakai nie..jadi riak pulak.. ala..." 

"tak pe tipahh..semuanya terpulang pada niat kauu..ingat tak ex bopren kau pernah berpesan, setiap sesuatu itu bermula dengan niattt" tipah pujuk dirinya senirik. boleh pulak teringat ex-bopren. ekeke

"tapii...tak boleh pakai ni..kompem aku jadi riak takbur bagai. kompem! kompem!! aahhh tensennyerrrr"

tipah mengalami kecelaruan minda. serius!

ziipp!! tak sure macam ni ke bunyi zip??

tipah zip beg telekung usai memasukkan telekung kerawang kerawang mewah meghelip ghelip made in Bandung.

"mak! pergi terawih nanti pakailah telekung baru yang tipah belikan untuk mak nie yaaa..." 

Wallpaper girl, balls, balloons, happiness, joy, flying, gliding, sky, grass

si tipah tersenyum riang. riang hatinya kerana lega! lapang rasanya bila menguraikan kecelaruan hatinya yang dibelenggu rasa antara bahagia dengan ujub!

si tipah mendepangkan dadanya luas luas, hujung kakinya menjinjit di lantai perlahan lahan terbang ke langit biru. berangan lagi tipah! ceh!



************
 Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” 
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Tag : , , , , ,

SYIAH | Kronologi ringkas bagaimana singgah muncul

on Tuesday, July 2, 2013

Bismillah..


Kronologi ringkas bagaimana Syiah muncul?

1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.

2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)

3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.

4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.

----------------------------------------------------------------

5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.

6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.

7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.

8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.

9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.

10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)

11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.



Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO