Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Fleksibiliti diri terhadap yang lain | Analogi ketupat pulut

on Wednesday, May 1, 2013

ini ketupat pulut hitam pertama yang jaja nikmati secara endah tak endah di jitra, kedah. benda pertama mesti terus snap! hehe


bismillahirrahmanirrahim

ketupat pulut jarang jarang jaja lihat di negeri paling selatan nie

kalau namanya ketupat, pasti ketupat nasi dan lauk pauknya menerjah fikiran

ketupat pelbagai saiz dalam beberapa bentuk yg bersegi unik, jika isinya lembut,memang akan dikupas lagi seketul dua. sebaliknya jika nasinya keras alamat sampai sepurnama pun ketupat tu tak dipandang walau sebelah mata

Teringat, last year sempena cuti hari lebaran di utara, selalu sangat jaja dihidangkan dgn ketupat pulut. mulanya mulut jaja seakan kembang sbb sifat ketupat pulut yg melekit lekit, tak best. senang cerita tak selera nk telan sebab tak biasa

tapi,suami yg ajar mcm mana nak mkn, nak dicicah dengan apa and suami lah yg membiasakn diri jaja mesra dgn ketupat pulut, walhal pada mulanya jaja x reti nak telan pn, alasan tak biasaaaa..aaaa

itu la kot ada pepatah kata, alah bisa tegal biasa

lama kelamaan jaja mula adapt dgn penerimaan ketupat pulut ke dalam tekak jaja

at first i felt something horrible but yet at the end, harmoni je rasa bila mengunyah ktupat pulut. best jer pong..ngap ngap ngap

yg penting, kena cuba biasakan. usah fikiran kita terlalu rigid dengan kebiasaan yang sedia ada. mesti cuba biasakan dan sesuaikn diri dalam apa jua keadaan, okay??

yakinlah, sesungguhnya perancangan Allah lebih tsabit dan terbaik dari perancangan manusia.

jangan pernah kita berharap keadaan itu yg akan adapt dengan diri kita

tapi penyesuaian diri kita dalam sesuatu itu yang penting. sangat penting.

kecuali bagi manusia yang ego dan mementingkan diri sendiri. nampak kebaikan hanya untuk dirinya. Allah..buruk perangai macam tu..



psst kalau tukar pentadbir sekali pun, salahkah kiranya cuba menerima dengan lapang dada..buka hati, buka minda. Allah yang sebaik baik pentadbir, segala yang berlaku atas kehendaknya. bukan kehendak sesiapa pun dalam kalangan manusia. tak sabar menanti perubahan. hiks. ini kalilah!


Published with Blogger-droid v2.0.10
Tag : , ,

Aku 'terikut-ikut' style tudung Nurul Izzah Anuar ??

on Tuesday, April 30, 2013

Bismillah..

assalamualaikum and hye everyone,

lama tak hupdate blog kan..maklong laahh busy :p

mari jaja nak cerita sikit :)

Allahu Akbar. Allahu Akbar

sesak nafas bila sekolah dijadikan tempat mengumpat, mencaci menghina malah menjatuhkan hukuman kafir ke atas seseorang

once, i had no words to argue..berkecamuk juga hati ni, ntah apa sebabnya, dicopnya dahi jaja sebagai penyokong pembangkang (ehh selepas pembubaran ada lagi ke istilah pembangkang?? :p) mungkin mereka melihat wall activity jaja di facebook kot..banyak like yang 'bukan umno' adeh

kang jaja balas balik kang, ada kang yang taknak kawan dengan jaja lagi kang..:p

so that i choose to be silent =.="

takut bukan kerana pengecut, takut kerana Allah Maha Mendengar. takut nanti di akhirat kelak aku dipersoalkan atas apa yang aku bidas membawa permusuhan dalam keberadikan komuniti di sekolah.

bukankah Allah ada higtlight dalam firmannya: Hablum Minallah Wa Hablum Minan Nas..

lagi pula, jaja memang lemah semangat bila orang tinggi suara..tiba tiba pung pang pung pang kata yang bukan bukan, jaja jadi tak pandai nak defense diri sendiri sebab taknak manusia sekeliling berkecil hati. biarlah kebenaran ALLAH tunjukkan di kemudian hari, kalau tidak di dunia, pastinya di akhirat.

tak payah laaa gaduh2, caci maki, perli memerli, kutuk mengutuk. takde fekdahnya pon..

kamu pasti apa yang tertanam dalam otak kamu tu adalah benar?? bukan fitnah?? kamu dengar sendiri dari mulut-mulut mereka?? kamu melihat sendiri bersaksikan mata???

sudah sudah lahh

kalau setakat dengar/tonton video yang sudah disunting serta di'propa'gandakan serta diselit unsur-unsur fitnah, lucah, tanggapan tak berasas, persepsi yang jelas ingin memburuk-burukkan semata mata, toksahlaahhh nak cakap banyak, berdoalah supaya negara kita peroleh pemimpin yang beriman, berilmu dan amanah! bukan mendekatkan kita ke jurus maksiat. bergelek menari terkinja kinja di pentas konon memahami hati belia ingat tu!! silap pilih naya laaa kita di Yaumul Hisab

**************

jaja pasti, ada rakan sekolah yang membaca entry kali ini. sorry kakak kakak abang abang (mentang2 paling muda kat sekolah :p) terluah pula di laman ini. tak berniat nak mengeruhkan keadaan. cuma penat asyik buat kerja sekolah, sekali sekala buat menulis di blog best jugak.


**************

oh, isu jaja terikut ikut style tudung nurul izzah anuar

mari jaja sambung cerita :p

jaja ke sekolah dengan gaya tudung bawal begini: 

 

 begini


terus jaja ditegur,"eh babe, kau ikut style tudung nurul izzah ker???"

"err, beg ur pardon, nurul izzah anuar??? haha.. tak terfikir pula"

in fact, itu style tudung di awal millenium, jaja biasa pakai begitu malah selesa dengan tudung bawal sejak sekolah hingga ke universiti, style tudung begini dah lama kan..bila bosan pin di kiri dan kanan bahu, jaja suka labuhkan sebelah tudung ke dada dan tarik yang sebelah lagi ke atas dan pin di situ. macam ni;


ups :p

mentang mentang laahh aku dicop penyokong pembangkang, terus terbias dengan penampilan mirip nurul izzah anuar

kikikiki

adehh..senak peyut. :p

psssttt...sekarang sudah ada tudung sarung, tak payah iron beriya iya sebab tu lama tak pakai bawal yang sedikit leceh, mahal pulak. takde motif pon jaja terikut ikut gaya nurul izzah, sesekali tukar citarasa memakai tudung bawal yang dah lama jaja simpan dalam wardrobe, sayang tak pakai. 

ada orang tu pakai tudung nampak nasi lemak 50sen taknak pulak u tegur. adehhh..manusia manusia


Tag : , , ,

Alhamdulillah : Najib umum 'durian runtuh' RM15,000 setiap keluarga peneroka

on Tuesday, May 8, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


PENEROKA Felda Bukit Tangga gembira ketika menyaksikan siaran langsung pengumuman pemberian durian runtuh kepada 112,635 keluarga peneroka Felda dan 23,000 kakitangan Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan secara langsung dari Felda Jengka 8, Pahang, pagi tadi. - Foto Amran Hamid

JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.


pstttt...Alhamdulillah..untung laa...usah buas menjoli yer.erk, kasarnya kau jaja! :p


Tag : , ,

Isu Pendidikan | PTPTN Dimansuhkan??

on Wednesday, March 28, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


peh pehhh..untung laaa kalau betul PTPTN dimansuhkan..boleh jaja kumpul wang lebihan untuk majlis kawen..ye dak..hehe. banyak isu berkaitan pinjaman pendidikan ini digembar gemburkan.. namun kebenarannya hanya mereka saja yang tahu..kita nie bukan sapa2..sudah meminjam pandai pandailah usaikan hutang..toksahlah menjauhi hutang..nanti jadi beban pulak dikemudian hari. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga..ehh jaja bukan nak share cerita pasai hutang ptptn..tp nak share persoalan..benarkah PTPTN bakal dimansuhkan????? hoho


KUALA LUMPUR: Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Beliau berkata, penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS? Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini. 

Mohamed Khaled berkata, demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA


(iklan bergambar)


psssttt..riba di mana mana saja kehkeh





Tag : , , ,

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred


بسم الله الرحمن الرحيم


Isu SBPA di mansuhkan tidak habes begitu jer..peranan depa(kerajaan) sangat penting untuk mengkaji semula keputusan yang diambil. since kita sebahagian rakyat yang makan gaji..tonton sajalah adegan dunia yang tak sudah-sudah sirinya.. komen jaja..jaja malas nak cakap banyak. nak tengok je dulu. then nilai dengan ilmu, bukan dengan pandangan sisi sebelah mata. tak apa..mungkin ada ending yang molek untuk kemaslahatan rakyat khususnya penjawat awam yang berhempas pulas bekerja.. (cakap macam ni sebab kesian tengok pembantu tadbir sekolah kerja bertimbun..huhu) ehh..jom2 baca berita sat :)


SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat. 


Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.


Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan. 


Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini. 


Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini. 


Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa. 

"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan. 



"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri. 


"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA

psssttt...bagi jaja..kualiti kerja pokoknya bergantung pada hati yang ikhlas..hati molek semua akan jadi molek..ye dak??? gaji beriban tapi habes kat sogo jer buat hape kan... :p hee...


Tag : , , , ,

PRU 13 | Sasaran Tarikh pada bulan Mei Atau Jun

on Saturday, March 17, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone



Gempar Malaysia jika benar tarikh PRU 13 jatuh pada bulan Mei atau Jun, ermm..kemudian rakyat bakal menyaksikan siapa yang bangun gah mendabik dada dan siapa yang terjelepuk jatuh terduduk.. 

okay jom ikuti berita hangat ini!

SHAH ALAM – Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

“Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini,” kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

“Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib,” katanya.

Kian Ming juga berkata, “jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul.”

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala ‘suasana mesra’ BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan  oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013. Sumber   


pssstt.. jaja sendiri petugas PRU di kawasan tutttt..hehe tak boleh bagitahu :) apa yang jaja harapkan negara kita terus maju & aman seiring dengan perkembangan tamadun tanpa hilang seri Islamnya. keep harmonization :) 



Tag : ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO