Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

on Saturday, April 7, 2012


Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

BOGOTA – Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.
Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.
Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.
Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.
Sinar

Tag : ,

Jenayah | Bunuh isteri hamil

on Tuesday, April 3, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

berita pilihan jaja harini: Bunuh isteri hamil
Laa haula walaa quwwata illa bilahh... jaja tak tahu nak kata apa. rosak sudahkah akalnya??hilang sudahkah kasihnya?? punah sudahkah mahabbahnya?? Allah..kesian..ikut perasaan sangat la tu..

 **********************
KUALA LUMPUR: “Dia menelefon saya dan berkata aku dah bunuh isteri aku. Suaranya teresak-esak seperti menangis. dan selepas itu panggilan terputus,” kata rakan baik kepada seorang suami yang menikam isterinya bertubi-tubi hingga mati di rumah mereka di tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi, petang semalam.
Rakan yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, sebaik menerima panggilan daripada suspek berkenaan yang berusia 42 tahun, dia terus bergegas ke rumah lelaki itu.
Menurutnya, sebaik tiba, dia mendapati rakannya itu berada di dalam rumah manakala isterinya yang sudah meninggal dunia dibalut dengan selimut dan diletakkan di ruang tamu.
“Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang dijemput suaminya yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan di ibu kota untuk pulang ke rumah.
Harian Metro
Tag : , ,

Romantik Itu Sunnah Rasulullah SAW

on Saturday, March 31, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم




Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin :) .

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : 
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.


Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : 
“Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” 

Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.


Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. 

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa:
 “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. 

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : 
Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” 

Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.(**point penting bagi jaja :p)

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.


Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa:
 “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”.

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa:
 “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”.

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata:
 “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”

Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :

 “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim).

 Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :

 "Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.

Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni. (**pssttt sweetnyerr.. :p)

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.


SUMBER : Imam Muda Asyraf


psttt..moleknya sunnah nabi :) Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad 

Tag : , ,

CUEPACS mahu suruhanjaya khas semak semua gred

on Wednesday, March 28, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Isu SBPA di mansuhkan tidak habes begitu jer..peranan depa(kerajaan) sangat penting untuk mengkaji semula keputusan yang diambil. since kita sebahagian rakyat yang makan gaji..tonton sajalah adegan dunia yang tak sudah-sudah sirinya.. komen jaja..jaja malas nak cakap banyak. nak tengok je dulu. then nilai dengan ilmu, bukan dengan pandangan sisi sebelah mata. tak apa..mungkin ada ending yang molek untuk kemaslahatan rakyat khususnya penjawat awam yang berhempas pulas bekerja.. (cakap macam ni sebab kesian tengok pembantu tadbir sekolah kerja bertimbun..huhu) ehh..jom2 baca berita sat :)


SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat. 


Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lalu dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.


Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan CUEPACS sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan. 


Omar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini. 


Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini. 


Sebaliknya, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa. 

"Ini kerana penjawat awam adalah satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan. 



"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang semuanya sudah ditepati perdana menteri. 


"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," katanya. - BERNAMA

psssttt...bagi jaja..kualiti kerja pokoknya bergantung pada hati yang ikhlas..hati molek semua akan jadi molek..ye dak??? gaji beriban tapi habes kat sogo jer buat hape kan... :p hee...


Tag : , , , ,

Bayi 2 Minggu Ditinggalkan di Masjid

on Wednesday, March 21, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone 

Kiamat dekat sangat..beginilah..tak sudah sudah membikin dosa. Masalah sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini seolah seolah semakin popular..Allahh..dasaatt! 


 
PEKAN: Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. 

Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada 5.20 pagi. 

Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu. 

"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di pekarangan pintu ruang solat dan meminta pertolongan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," katanya. 

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman, berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA 

pssstt..Allah..kalau taknak meh bagi jaja meh..

Tag : , , ,

Dosa Seorang Ibu, Membuang Anaknya Akhirnya Terbalas

on Monday, March 19, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone..

Jaja ada terbaca satu kisah nie..meruntun jiwa..mohon share dari aidanatasya 
 

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.
Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama 




pssstt..ampun tak ampun memang kerja Tuhan..tapi apa yang jaja nak 'higlight'kan adalah rasa belas dan kasih seorang ibu sepatutnya tidak berbelah bahagi.. ikhlaskan hati menerima amanah Tuhan sebagamana ikhlasnya saat menghadapi kesakitan ketika melahirkan..buat anak pandai tapi jaga xmahu.grr







Tag : , ,

Kes Bunuh dan Bakar | Tiga suspek kes bunuh Dirang positif ambil dadah

on Sunday, March 18, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.” 
(Hadits riwayat Ahmad) 

Ketahuilah penganiayaan atau penyeksaan terhadap setiap yang bernyawa itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun terhadap binatang. Hatta ketika menyembelih pun, binatang itu hendaklah diperlakukan dengan penuh ihsan. 

Berikut rentetan kes bunuh dan bakar adik Nurul Nadirah Abdullah..3 suspek utama ini berjaya diberkas. ikuti berita lanjut di bawah..


 


JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini semalam membenarkan perintah tahanan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, dilanjutkan sehingga Jumaat ini.


Tiga suspek termasuk seorang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun itu dibawa dengan van polis tiba di pekarangan mahkamah jam 9.45 pagi. 


Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa selepas mendengar permohonan pihak polis.


Ketika tiba di mahkamah, semua suspek memakai baju lokap dengan seluar pendek paras lutut hanya menundukkan kepala bagi mengelak muka mereka dirakam jurugambar media yang menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi. 


Ketiga-tiga suspek disahkan positif dadah Methamphetamine dan syabu, selain dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau kes penyalahgunaan dadah dan mencuri. 


Pada mulanya ketiga-tiga suspek direman dua minggu bermula 2 Mac lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya susulan siasatan membabitkan kehilangan Dirang selepas dilaporkan keluar membeli mi segera di kedai blok bawah Flet Sri Delima, yang ketika itu diklasifikasikan sebagai orang hilang. 


Bagaimanapun, selepas ujian DNA mendapati rangka manusia yang ditemui terbakar di sebuah tapak pembinaan terbengkalai, Nusa Damai yang pada 12 Mac lalu disahkan milik kanak-kanak malang terbabit, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah selepas kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya. 

pssstt..molek ni kalau laksana hukum hudud. baru kena buku dengan ruas. Allahu yusaa'iduna
Tag : , , ,

Kes Bunuh dan Bakar | DNA Dirang disahkan

on Tuesday, March 13, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone


pagi-pagi online berita..Allah...kenapa berita sedih begini yang terpapar.. 


Dirang dibunuh, bakar


pix_gal0
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.


Allahu Akbar..anak..kasihannya kamu.. :'(


JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam. 

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa. 

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu. 
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan. 

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan. 

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya, 

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya. 

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci. 

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.


pssstt...keselamatan anak-anak sekarang tak terjamin hatta di dalam rumah.. apatah lagi di luar rumah..walaupun takdir menetapkan adik nadirah meninggalkan keluarganya dengan cara begini..ibu bapa di luar sana WAJIB perihatin dan lebih perihatin. jadikan kes ini pengajaran..kasihan..bahana mi segera adik comel itu dibunuh, dibakar

psssttt lagi..jaja rasa something goes wrong gengan ayah si arwah nie.. rangka arwah dijumpai kat area jalan biasa orang lalu lalang dan tak jauh dari rumah, mesti banyak saksi memudahkan lagi pembunuh kejam tu dihambat! pandangan Tuhan tak terjangkau batasan..nak sembunyi mana lagiii..grrrr...tak apa, keadilan akan terbela untukmu adik nadirah..pastinya syurga untukmu menanti di sana.. alfatihah..

berita hairan


Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO