Showing posts with label tertinggal rukun solat. Show all posts
Showing posts with label tertinggal rukun solat. Show all posts

Kesalahan-kesalahan tajwid dalam Al Fatihah

on Tuesday, January 22, 2013

Bismillah

Tidak sah solat jika salah bacaannya

tak faham mengapa?? it's easy

kerana bahasa arab digunakan di dalam solat

dan bahasa arab itu sifatnya unik. jika berubah barisnya maka berubahlah maksudnya

indeed, bahasa arab adalah bahasa Al Quran yang kita gunakan di dalam solat!

jadi, bacalah ayat-ayat suci Al Quran dengan penuh tartil, beradab dan betul sebutannya

kalau tak, semuanya jadi sia sia

sekarang dah faham?? baiklah, jom perhatikan kesalahan-kesalahan tajwid dalam surah Al Fatihah tanpa sedar atau tidak kita melakukannya

beware! betulkan setiap yang salah, semoga Allah menerima solat kita.. insya Allah




1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

fesbuk
Tag : , , , , ,

TIPS PRODUKTIVITI MUSLIM

on Tuesday, January 3, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Tidur awal selari dengan fitrah, Solat malam, Solat Subuh berjamaah, Jangan tidur selepas Subuh dan mulakan hari anda dengan HEBAT!


Tag : , , , , , , , , , , ,

Cara Sujud Yang Ditegah

on Monday, October 17, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua..

mari lihat apa yg mahu aku kongsikan. Ramai yang masih kurang pasti cara bersujud yang betul.. 




jujurnya, jaja sendiri xpernah terfikir bagaimana peletakan tangan kita semasa bersujud.. Astaghfirullahalazim...semoga Allah menerima ibadat2 kita..jOm! sama-sama perbetulkan sOlat kita..semoga sentiasa mendapat barakah dan hidayahNya




::fesbuk

Tag : , , , , , , , , ,

Hayati solat kamu

on Saturday, October 8, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua

ayuh! hayati bacaan di dalam solat kamu




mari cikgu nak cerita sikit.. kamu tahu bukan, perkara pertama yang akan dihisab kelak adalah solat kita??? kalau solat kita elok maka eloklah amalan2 kita yang lain.. kalau rosak solat kita, maka rosaklah amalan2 semua..  oleh yang demikian, perbaiki solat kamu dengan penghayatan yang berganda.. bagaimana mahu menghayati solat?? naahhh.. salah satu caranya adalah dengan mengetahui erti bacaan di dalam solat.. cuba dulu.. sudah cuba baru tahu :)



infO:facebook
Tag : , , , , , , , , ,

Disebalik SOLAT

on Thursday, September 29, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua

perhatikan..



Subhanallah..Maha Besar Kuasa ALLAH...


infO: facebook
Tag : , , , , , , , , , ,

Tinggalkan rukun solat

on Friday, September 9, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye semua my sayangs 

ini kisah bulan syawal..masa cuti hari raya :)

sejuk mata memandang anak buahku seorang nie.. dipanggil 'kakak'. dah pandai solat dah dia. hehe (dalam keadaan tidak beribu dan mempunyai abah yang busy kerja, kakak nmpak kuat dan independence. pandai jugak jaga adik2.. we love you kakak. sat g cik ja call ok) semoga ibumu di barzakh sana turut tersenyum untuk kamu,kakak.. (akak ipar i meninggal dunia kerana cancer)

aku perhatikan dia dari belakang. ada sesuatu kelihatan 'tak kena'. kakak tertinggal rukun solat semasa solat berjemaah.. aku biarkn sehingga dia usai solat..budak baru darjah dua..tengah bersemangat belajar solat. kang aku terjah taknak solat terus dia.. kena slow slow.

kakak terlambat sikit masuk jadi makmum dalam solat berjemaah. imam dah abes baca surah,kakak masih terus terkumat kamit mulut. khusyuk betul. imam sudah rukuk dan iktidal, kakak masih stay menghabiskan bacaannya.

imam mula sujud, barulah kakak mahu mula rukuk dan iktidal. aku senyum jer..heh. ermm pandai dah dia solat..nantilah baru explain kesalahannya selepas habis solat.

"kakak, sini jab" panggilku

"ya cik ja..sat sat" sahutnya dalam loghat kedah.hihi

"kakak, rukun solat ape dia?"

"pediaa..baca fatihah..tongeng..sujud.. " (dia sebut rukuk tu 'tonggeng' kehkeh)

"wahhh..pandaiii..tapi kakak tahu x yang kakak dah tertinggal rukun semayang tadi..."

"ya ka..ehh dak aih cik ja..semua kakak buat kuttt.."

conversation tak dapat diteruskan. sekarang nie aku cerita dalam bentuk ayat penyata jer okeh. kehkeh. sebab xingat dah perbualan yang sebenar..so kesimpulannya seperti di bawah ni..

aku explain kat kakak..solat berjemaah ni maknanya solat ikut imam..ikut pergerakan imam. once makmum mendahului imam maka batallah solat dia. same goes to this case, makmum x boleh melambatkan dari mengikut pergerakan imam sehingga 2 rukun solat

misalnya sewaktu imam rukuk, makmum hendaklah ikut rukuk bersama. tak kiralah makmum dah settle lagi baca al fatihah atau tidak. so, kalau imam dah sujud yang kedua, tetapi makmum masih lagi tak selesai membaca surah al fatihah atau surah lazim, solat si makmum tadi jadi batal.. so si makmum tadi wajib mengerjakan semula solatnya itu. 

Rasulullah SAW ada mengingatkan, orang yang melambat-lambatkan pergerakan dalam solat atau tidak mengikut imam sedangkan dia sedang solat berjemaah, dia seperti himar atau keldai..

(banyak perumpamaan arab disertakan dengan haiwan keldai/himar ini..kenapa ek??)

okay back to the topic, so..kalaulah terjadi keadaan seperti ini, iaitu imam sudah masuk sujud kedua, maka si makmum hendaklah segera mengikut imam tanpa perlu menghabiskan bacaan surah al fatihah walaupun surah itu adalah rukun solat..  

later, bila imam dh selelsai memberi salam, si makmum tadi hendaklah bangun semula menunaikan(menambah) satu lagi rakaat yang xsempat dikerjakan rukuk tadi, tujuannya adalah untuk mencukupkan/ melengkapkan bilangan rakaat solat. kes ini disebut makmum yang MASBUK. 

okay. done :)


pssstt..semoga nur aina safiyyah menjadi anak yg solehah :)

pssstt.. wah dah 1001 followers. binary yang chantek!!~~~ 
thanks sayangs.. terharu sangat2 nie. aku doakan kalian terus terusan mengecapi kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan.. semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan redhoNYA.. amin aminn... :) again, thanks! kerana sudi support blog picisan ini. sayang kamOoo.. muahh : -* (errr..agak2 kalau aku buat fb's fan "cikgu jaja the lagend" ade yang nak like x?? :p )

Tag : , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO