Showing posts with label kursus jenazah. Show all posts
Showing posts with label kursus jenazah. Show all posts

Sewing: a frugal and fulfilling thing

on Monday, December 19, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

as salam and hye everyone..

kalau mood okay, semua akan okay.kan?? ntah dari mana datangnya 'mood okay' jaja nie, bersemangat pulak nak menjahit. it's weird actually, mak jaja pon tahu yang jaja nie jenis ready-made purchased.beli siap. sonang. tapi ntah ler...tiba2 rasa nak menjahit. heh. 

asalnya memang jaja nak buat langsir untuk kelas jaja next year.. ingatkan nak upah jer. tapi jaja tukar fikiran, apa salahnya kalau aku jahit sendiri, ye dak?? setakat nak menjahit straight line, ape susah.kehkeh belagak


sekali tengok jenis kain yang jaja pilih nie, macam nak buat baju raya pulak..ehh kenapa pilih pink??? kenapa?? kenapaaa???? ngeh ngeh..




in fact, dalam otak nie jaja dah imagine pattern langsir apa yang jaja nak. so jaja pilih 2 jenis kain with one tone.pink! yang bunga-bunga nak buat alur-alur  stripe yang melengkung di depan, dan yang plain cuma nak memenuhkan background je. simple2 je lahh..



bila semua benda kita buat sendiri, kepuasan tu lain.. suka hati kita lah kan nak men'style' kan hasil jahitan.. tambahan pulak bila jahit sendiri sangat-sangat menjimatkan kos. yes indeed, sewing is such frugal thing. saving!




okay, last night jaja start mengukur dan memotong kain langsir. ecece~ 


jaja fokus pada kerja2 nie sampai takda ruang nak fikir pasal blog.ohh kesiann pakweku ini.ekeke


Dan akhirnyaa jaja siap memotong, lama gak la..mula lepas maghrib and area pukul 2pagi baru setel, 7 jam kot!! ehh menjahit is simply a waste of timeeee. bercinta nak siapkan.hoho. wasting laa sebab kau bukannya tukang jahit jaja..


sah aku bukan pakar memotong.haha. but i tried my best kan..kira okay lah tu.. 


coming up next, nak hantar kain2 ni untuk dijahit tepi. could be, esok baru boleh bercinta dengan si mesin jahit pulaks. :) it's somehow unreasonably difficult, tapi semua akan mudah kalau mind set kita memikirkan yang mudah-mudah sahaja. 







Tag : , , , , , , , , , , , ,

kursus jenazah [part 2]

on Friday, June 25, 2010


Assalamualaikum...

hye hye hye..cOming back to cOntinue whut do we had discussed frOm the previOus entry..okay, kali nie i nak sambung ape ekk..ermmm (fikir2 sambil ketuk lappy..tap tap tap...)


ya, i nak share tOpik "sakit yang membawa kepada maut".. masih lagi di dalam bab satu.sure kamu semua nk tahu bagaimana agaknya rupa manusia yang sudah hampir kepada kematiannya.. pengalaman saya yang sudah kehilangan abah..saya tak tahu langsung yang abah saya nak 'pergi'..hinggalah di suatu malam selesai majlis tahlil utk ruh abah..baru saya perasan akan perubahan perubahan yang berlaku ke atas Allahyarham my belOved abah..

kalian bOleh cek kat diri sendiri atau sedara mara kamu..tanda2 Orang yang hampir meninggal dunia sepertimana yang i bagi di bawah nie:

  1. tapak kaki lurus/rata
  2. hindungnya tunduk
  3. sendi pergelangan tangannya renggang
  4. pelipisnya lekuk

and..tanda2 Orang yang sOleh ketika menghadapi sakaratil maut pula..

  1. berpeluh pada dahinya
  2. terbit air matanya
  3. kering kedua bibirnya
  4. berseri wajahnya..
Subhanallah..siapa yang tidak mahu menghadapi saat terakhirnya dengan husnul khatimah.. pengakhiran yang sebaik baiknya.. Oleh itu..antara usaha untuk kita yang masih hidup ini..amalkan lah berdOa selepas solat:

" ِاللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الخَاتِمَةِ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يا الله... بِسُوْءِ الخَاتِمَة "
ya Allah..matikanlah aku dengan kematian dengan cara yang baik..dan janganlah engkau mematikan aku dengan kematian dengan cara yang buruk..

*********************************
next is..apa yang perlu dilakukan oleh waris sekiranya berlaku kematian..maka menjadi tanggungjawab waris dan masyarakat setempat melakukan beberapa perkara penting..as we lived in Malaysia, there must be sOme procedures that need to be dOne kan..supaya semua urusan kematian lancar dilaksanakan..
  • Sunat di pejamkan matanya sambil membaca " ْبِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم " 
  • Dianduhkan dagunya supaya tidak terbuka..sebab Orang yang sudah meninggal itu..segala rongga2 di badannya menjadi lOose..so, anduhkanlah supaya tiada benda asing dapat masuk kedalamnya..
  • Didakapkan keduaa tangannya seperti orang yang sedang sembahyang..
  • Diluruskan kedua belah kakinya..
  • Dibuka semua perhiasan..jam, gelang rantai, cincin..gigi palsu..hati2..pelan..buat dengan cermat k
  • menyapu minyaak di setiap sendi disenamkan supaya lembut dan mudah dimandikan nanti..
  • Bersihkan badan si mati daripada kotOran..lap dengan air bersih..ustazah bagitahu, sebaik2 nya dengan air suam yang bercampur dettOl..
  • Disalinkan dengan pakaian yang bersih..
  • diletakkan di tempat yang sesuai..seperti di atas katil, atau di atas tilam yang menghadap Qiblat..(kakinya menghadap ke arah Qiblat)
  • Meletakkan benda yang sederhana berat di atas perut si mayat..sebab ape tau? supaya tidak masuk angin..perut si mayat tidak kembung. bOleh la letak gunting kecik ke..pisau lipat ke..k?
  • Erm..lagi.. sudah tentulah dibacakan ayat2 alQuran..yassin, tahlil dan dOa kepada si mati.. (isk..sedih pulak tetiba..)
  • Ditutup dengan kain bersih..sesetengah Orang suke tutup dengan kain batik lepas kan..kalau tak ade kain lepas pun tak ape..
♥ faezahannah ♥ 


pssstt..sedih bila teringat akan waktu abah pergi meninggalkan kami..tenangnya abah..kami tahu, abah terus tenang di sana.. T__T



Tag : , , ,

kursus jenazah [part 1]



Assalamualaikum..

Last week saya jOin kursus pengurusan jenazah..bOsan2 duduk umah..then i follow my mom. kursus ini dianjurkan Oleh muslimat area umah di kampung saya. Dua orang ustazah  dari jabatan agama islam negeri Johor telah dijemput hadir untuk memberi ceramah yang terdiri daripada dua sessi kursus: iaitu sessi tutorial dan yang kedua sessi praktikal.



seterusnya..i berminat untuk berkOngsi dengan sahabat sekalian sebahagian ilmu yang sempat i catit dan ingat sepanjang menghadiri kursus tersebut..

pertama sekali, i nak tekankan di sini bahawasanya kematian itu satu kepastian..kau pegilah celah mane pOn nak bersembunyi..izrail tetap dapat menjejakimu atas kehendakNya.. seram tak bace statement nie??? T__T lagi satu,  izrail turun ke bumi menjenguk kita semua 70 kali setiap hari untuk mencabut nyawa..tinggal tunggu direct command je dari Tuhan sebagaimana yang sudah tertulis di luh mahfuz akan ajal yang bakal tiba di sekian sekian tarikh dan waktu..

okey let me briefly explain thrOugh the course..

ustazah hanipah memberitahu, ada 4 bab penting dalam menguruskan jenazah, iaitu:
  1. adab pesakit
  2. mentajhiz jenazah (memandikan jenazah)
  3. mengkafankan jenazah
  4. menyembahyangkan jenazah

next, i'll put up some essential pOints..yang mana mungkin antara kita kurang menitik beratkan mengenainya.

************************************************************

bab 1

sebelum tu, i nak bebel sikit ea.. okey setiap Orang tidak bOleh tidak lari daripada qada' dan qadar Allah SWT. antara ketentuan-Nya untuk hambanya adalah ujian sakit dan mati. itu sememangnya sudah pasti. as Allah SWT have said:

" َفَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَئْخِرُوْنَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُوْن " 

yang bermaksud: 
"Apabila sampai tempOh ajal mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.." 


so that, everyOne from us should understand what things have to do as we belOng to Allah SWT.. hurm.. serious kan i. memang seriOus! sebab tu la menjadi orang yang sakit pun harus adab2nya.. okey, sepertimana yang i dengar dari ustazah tersebut, there are a few matters:

  • harus yakin bahawa sakit dan mati itu datang dari Allah..redha dan sabarlah dengan keduanya..kerana tiada yang lebih baik melainkan ianya sebagai penambah kepada kebaikan dalam hidup..percayalah!

  • sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT.. yakinlah bahawa dOsa2nya telah diampunkan.. supaya hati terus tenang menghadapi sakaratul maut.. 

  • tidak meninggalkan sOlat walau dalam keadaan ape sekalipun.. oleh itu menjadi tanggungjawab bagi orang yang sedang menjaga orang yang sakit, untuk membantu pesakit itu mengambil wudhuk serta menunaikan sOlat..again pasal sOlat, kalau pesakit tak boleh berdiri, dia boleh duduk,what if dia tak bOleh duduk?? erm..the dia boleh berbaring.. nak senang, sentiasa hadapkan pesakit ke arah Qiblat.. tak payah susah2 lagi angkat pesakit.. dan kalau xboleh gerak juga untuk bersOlat, si pesakit boleh menggunakan isyarat mata dan hati. subhanallah..lihatlah betapa Allah SWT maha pengasih memberi kemudahan kepada hambanya..

  • wajib bagi pesakit bertaubat dari segala dOsa2nya..yang mana ada mewarna kuku dan rambut tu..cepat2lah hilangkan..kenapa i tekankan 2 dOsa nie?? sebab untuk memberi peringatan yang lebih kepada wanita hari ini..juga bagi memudahkan urusan menguruskan jenazahnya kelak..

  • wajib juga bagi membayar segala hutang piutang..supaya tidak menyusahkan warisnya di kemudan haRi.. tapi..kalau tak sempat nak bayar..lebih mudah jika dihalalkan sahaja..apelah sangat harta dunia..bukan bOleh di bawa mati pun.. ^.^

  • wajib bagi pesakit untuk memulangkan harta yang diperOlehi secara zalim..contoh mudah..mengambil harta anak yatim..pulangkan..kasihan anak yatim yang dizalimi itu..

  • sunat berwasiat..bagi pesakit yang kaya raya lOaded bagai lagi berharta setinggi gunung everest..buatlah wasiat..supaya tidak direbut2 di kemudian hari..

  • sunat juga berusaha mendapatkan rawatan...supaya si pesakit tidak merasa hampeh dan tidak berguna lagi..sekurang2nya dapat menggembirakan hati si pesakit..

  • kemudian..sunat bagi pesakit untuk berdOa supaya cepat sembuh.. berdOalah seperti ini: "aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasannya dari kejahatan penyakitku yang aku derita dan aku khuatiri"

  • hendaklah si pesakit menjauhi perkara yang bertentangan dengan aQidah.. usahlah berjumpa bomOh2 bagai..tiada faedahnya..menambahkan syaitan dan jin dalam badan lagi ade..

♥ faezahannah ♥

psssstt..bersediakah untuk menghadapi kematian?? tunggu next entry ya =)

Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO