Buah???

on Friday, July 30, 2010





"Buah yang baik 
datang dari 
benih yang baik
 jugakkk..."





 faezahannah






psssstt..cepat2, semai buah berkualiti tinggi ~^_^~ 




Tag : , ,

Cikgu, ingatkan nak mula dengan bismillah!

on Saturday, July 24, 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia




punya anak murid yang agak bijak pada waktu itu..

si cikgu: "Okey kelas..harini kite mulakan pelajaran dengan membentuk beberapa kumpulan kecik.."

si murid bijak pandai hebat tak terkata telah mencelah dengan jayanya:

"cikgu, ingatkan nak mula dengan bismillah!"

si cikgu: "errrr... cis! (kegeraman melanda sanubari si cikgu..) bertuah punya budak..nak bergurau dengan aku ye.." (kata si cikgu di dalam hati)

lantas mulut si cikgu cepat mencantas ayat bijaksana dari muridnya yang saje2 nak kenakan dirinya! bijak eh kauu wahai budak!

si cikgu menjawab:

"hai, tadi bukan dh siap baca dOa ker?? kamu saje je ea nak kenakan saya!"  grrrrrrrr.. >.<"


  faezahannah  



pssssstt..selalu juga terkena dengan anak murid!
Tag : , , ,

Anak cermin mak bapak!! grrrrrr~

on Friday, July 23, 2010



 Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

macam mane diri kau..macam tu lah mak bapak kau! hish



kes 1

si cikgu: dah berapa kali cikgu pesan?? gunting rambut.gunting rambut. sejak dari awal tahun cikgu dah pesan kan?? kenapa tanak dengar cakap cikgu??

si murid: ala. xde duit la nak gunting cikgu

si cikgu: dah setengah tahun dh sekOlah. dapat elaun tiap2 bulan. takde duit awak kata??

si murid: ala.bapak saya yang tak bagi gunting

si cikgu: erk, Oke. biar cikgu gunting rambut awk. free je. kat sekOlah tempat untuk belaja. bukan untuk fashiOn show. ingat lawa sangat la tu rambut fashion2 macam tu. 

esOknya..

si emak: siapa yang gunting rambut anak saya semalam??? 
(sambil tangan kanan dukung anak, tangan kiri cekak pinggang..dengan tak bagi salamnye, terOs je serang bilik cikgu2 di situ. adOi. dengan pakaiannye lagi.ahh.. malas nak mengumpat)

si guru : aaaaaaaaaaaaaa...

kes 2:

si cikgu: kenapa bawak enset g sekOlah?

si murid: ntah! ayah saye suruh!

si cikgu: ambOi..tingginya suara. pegi sekOlah TAK bOleh bawak enset..kenapa ayah awak suruh bawak enset ni??

si murid: mane saya tau. cikgu tanya lah dia!

si cikgu: aaaaaaaaaaaaa...



kes 3:

si cikgu: kenapa xdatang sekOlah semalam??

si murid: balik kampung kat negeri sembilan cikgu

si cikgu: aik. jauhnya. cikgu nampak awak jalan2 kat bandar dengan mak ayah awak. awak tipu cikgu??

si murid: mak saye suruh cikgu

si cikgu: aaaaaaaaaaaaaaaaaa...


kes 4:

murid 1: woi indon

murid 2: hOi kamal!

murid 1: hooii indOoonnn

murid 2: kamal kamal kamal!!!

murid 1: kurang ajar kauuuu!

murid 2: kamal kamal kamal kamal kamal 

murid 1: indOnnnn!!!

murid 2: kurang ajar!!

murid 1: kau yang kurang ajar

si cikgu: Diam!!!! dua dua kurang ajarrrrr!!!!!!!!!!! ape ejek2 nama bapak Orang neh!! (sambil menjegil mata @_@)

 faezahannah 




psssssssssssstt..patOt sekolahkan mak bapak dulu sebelum sekOlahkan anak2nya~ grrrrrr!! >.<"




Tag : , ,

Mira mahu bercakap dangan saya..yeay!

on Tuesday, July 20, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

tOday, during lepak2 hour at school, I gOt the 'voice' I was hOping for..

"ceeguuuu faaaeezaaaahhhhhh..."

sungguh, i really wanted to hear just a call speak out from Nurul Amirah Adila, 13 taun. pesakit cOllins sindrom down.. yeuww.. cikgu2 pendidikan khas yang lain bagitahu yang mira nie sangat2 susah nak dekat dengan dia..sangat susah nak suruh dia mewarna..sangat susah nak bermesra dengan kita.. kalau mOod dia tanak belaja, she was just laying On the floor until her mom pick her up. mula2 aku sangkakan paling cepat dia bOleh panggil nama aku lagi 3-4 minggu.. tapi Alhamdulillah.. siapa sangka kan..





i sat at the end of the kerusi panjang, so there would  be plenty of the space fOr me to start Observing her.



few minutes later I started to get the feeling something was gOod when she glances at me fOr many time. yeay! it's the time! ape lagi..i ask her to colOr some, she refuses for the first time..but all of sudden she grabbed that cOlor book and went colored it..



at times, mira tersenyum..nampak giginya yang jarang2.. ^^,

kejap2 mira tunjuk jari tengah dan jari manisnya ke arah gambar yang nak diwarnakan..

"ceeguuu..niii..niii..." 

agaknya mira bertanya, nak kaler warna apa gambar nie cikgu..ehe

syukur..respOn mira melegakan hati aku..tak sangka mira mahu aku mendekatinya..hurmm..

"Okey mira, nanti kita warna2 lagi nak??? "

"hhaaahh haaahhhh.." 
mira ketawa..perhaps mira serOnok mewarna dengan cikgu baru nie..ehe.
(memang seram kalau dengar tanpa melihat wajahnya, sebab kalautak tengOk mcm mana ekspresi muka mira, kite tak tahu dia ketawa ke, menangis ke..mengilai kee..err.. )

sebab terlalu teruja mira mahu mendengar kata aku dan mewarna, aku terlupa nak snap detik2 dia mewarna..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. ~^_^~

 faezahannah 



pssssttt..mira dah datang bulan tau.hurm,kasihan bila memikirkan masa tuanya kelak..hurmm..


Tag : , , ,

Arah kiblat

on Saturday, July 17, 2010

Assalamualaikum dan salam satu M'sia

suatu ketika pada hari isnin 12 Julai '10,..terdengar cikgu2 kecOh bercerita mengenai arah kiblat yang baru. baru??? oke..aku terus pasang telinga..(kadang2 umpat mengumpat pOn terdengar juga.huhu)

kata mereka..hari jumaat 16 Julai 2010, matahari akan berada tepat di atas bumbung ka'abah pada pukul 5.28 petang waktu Malaysia. wOw. aku teruja. terus mendengar..

kata mereka lagi..mesti ready pegang pensel dan cari bayang2. wOw. aku sungguh teruja. kejar bayang2?? best nieh.cepat2 buat nOte dalam fOn.supaya aku tak lupa nak pOst entry pasal nieh nanti

tapi sayangnya..Oleh kerana kesempitan waktu..aku terlupa nak gOogle dan pOst entry..petang2 aku mengajar tuisyen.malam2 pas isyak terOs tertidur. wuwuwu~ walOpun dah lepas.aku nak buat entry nie jugak!

Okey..i gOogle and google..then i fOund tis!

(credit to unit falak UDM)

hurm..mase neh..kalau kita menghadap ke arah matahari..secara autOmatiknya kita akan menghadap ke arah kiblat..wow

then masa ni la kite leh tentukan arah kiblat di mana2 saja kita berada. di sekOlah, di padang, di Ofis, di masjid. caranya senang jer.. menurut sumber tertentu, pacakkan kayu yang tegak, then tanda arah bayang2 kayu tersebut.. bayang2 yang kita lihat selari dengan matahari terbenam itulah arah kiblat yang sebenar..maka tak perlu la guna kOmpas. GPS atau alat canggih manggih yang laen! cara demikian sudah cukup. yeay!

abes

 faezahannah 



psssttt..ruginyer tak dapat kejar bayang2 masa tu!
Tag : ,

Azizi murid paling rajen

Assalamualaikum dan salam satu M'sia

Malas nak cakap banyak. cuma nak express secebis bangga kerana seOrang anak muridku yang tidak nOrmal itu dianugerahkan murid tahap satu paling rajen di waktu perhimpunan pada hari isnin yang lepas ~ wawawau.. 

dia memang rajen..rajen mewarna, rajen membuat kerja skOlah, rajen memadam papan hitam, rajen mengangkat buku cikgu, rajen mengemas. rajen mengadu jugak. hoho~ 

taniah..taniah..cikgu bangga dengan awak. awak baru darjah dua kan..tapi rajen sekali! syabasss..

a few mOments of mine at skul~

ini dia budak rajen itu..azizi (paling kanan)


(adehh..xperasan tudung senget)
cheerful. sayang kamu~


haa..kaler cantek2


badrul amin (atas) murid paling menurut kata..selalu di ejek bisu.sbb dalam mulut ada emas berlian. susah nak bercakap. haihh..


ni laa haikal..

haikal: cikgu,harini cikgu faezah caaantik sangat.
suara seOrang cikgu dari dinding sebelah: haikaaaalllllll!!!!! jangan mengada2.jangan nak menggatal pulak
cikgu: erk.emm wahh..yeke.tak tau pOn
haikal: haikal tau
cikgu: err..oke.haikal pon cantik
haikal: haikal laki laki.bukan cantik.tapi ensem.
cikgu: oo..oke..haikal ensem.budak ensem kena duduk diam2.tak lOmpat2.dengar kata cikgu.kaler cantik2.
haikal: aa..haikal tak ensem la cikgu
cikgu: erk..



uik.tudung senget!
ceh, haikal maen enset aku. curik2 amek gamba aku rupenyer..grrrr..

hurmm..lihatlah wajah cikgu yang sedang kekeringan bibir dan tekak di atas. sedikit penat melayan kerenah murid2 istimewa..jaOh dalam hati..cikgu happy jer dapat bersama dengan murid2 begitu..bukan senang.tapi cikgu sahut sebagai satu cabaran.ceceyy~ 

sedikit sebanyak pengalaman cikgu beberapa minggu nie dapat memberi cikgu peluang membaiki sahsiah diri..banyak yang cikgu sendiri dapat belajar dari kalian..hoho

terima kasih Tuhan
..terima kasih semua..


 faezahannah 



psssstt..sangat gembira bila badrul amin mahu ikut menyanyi di dalam kelas..bukti dia tidak bisu!


Tag : , ,

Hutang terlunas jua akhirnya

on Saturday, July 10, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Harini hari minggu. so i ada manyak masa untuk berehat2..bersenam2..ber'blogwalking'.. ceceyy plus harini nak melunaskan semua hutang piutang di dalam dunia belOg ini..adehh..banyak nyeh..

ermm..takmo cakap panjang2..cuma nak mintak mahap banyak kepada yang terlibat kerana aku asyik terlupa nak membuat entry award+tag dari kamu.. siyes! lupe... dapat award dari manja. baru aku teringat..yang aku dah terima 2 awards sebelum ini..hu~ sOrry..bukan sengaja. really didn't meant it! 

Okay, award pertama aku dapat dari.. dari..dari.. errr.. adeh xingat dari siapa. sebab xdpat cari dh Owner dia. i ada alasan yang kukuh okay..

a few weeks past.. aku format labtOp..then sume benda yang tempOrary saved abes hilang.. yang aku ingat, aku ada bookmark blOg owner pemberi award nie..tapi sekang sudah tiada. sorry babe.. but i dO really really appriciate it! siyes! percayalah!!!

okay, ini award dari dia..
tadaaaaa..


cute kan..comey je.. yang aku ingat Owner award nie cakap masa nak release award nie, die tengah bOsan sgt2, xda kerja nak buat, then terciptalah award yang cantik cOmey cool smart lagi sweet ini. eheh. 

next. award yang kedua nie.. i dapat dari dua Orang blogger wanita yang tegar.. mereka adalah

belog mereka pon cun apa.. (leh click atas penama utk kepastian)

inilah dia awardnya..
tadaaaa!!


berbunga2 dan berbuah buahan gitu.. tenkiu2.. ^.^

thanks tau kamu berdua..aku sangat2 menghargainya..okay as usual, harus memenuhi prOcedures..i kena jawab sOklan cepumas mereka:

1. Anda mesti memuji si pemberi award



      wow, siapakah pemberi award ini?? saaangat cumel. oloh oloh kuci kuci.. cumelnyer dia... (sambil menggaru leher beliau) manja dan kelly dua2 muka chinese look..




2. Sila bagi award ni kepada 10 bloggers yang lain.
      err..nanti ada masa lebey lagi..i ushar2 dulu..survey..evaluate.. then award them!! 

3. Anda mesti memberitahu kepada 10 bloggers tadi.
      once i dah release kepada pemenang2 award ni nanti. i bagitahu k.. ^.^

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best,great.
      hurm..nOt so sure.. but i do realize that my blog content was such awesome..hoho. bhahahaha..takdela..xtau nape mereka bagi award..buat malu je belOg i yang ntah ape2 nie..belOg suka suki..

 abes~ 

terima kasih daun keladi..lainkali bagi la award lagi.. ahaha~

************************

okay, next is aku nak bayar hutang tag.. yang men'tag' aku adalah seOrang blOgger penjual tudung syria terhebat di alaf ini. wahaha~ sila beli tudung syria beliau okay?? siapa lagi kalau bukan manja..(click untuk berkenalan) jawapan tag adalah seperti berikut..


adehh.. aku?? siapa aku??? kau kenal? tak kenal? aku pOn tak kenal..hohO
in fact..aku masih lagi dalam usaha untuk belajar mengenal siapakah diri ini..untuk apakah hidup si empunya badan di muka bumi ini.. yang pasti aku seOrang hambaNya..sentiasa menagih kasih dan berkat redha dariNya.. 

well well well.. di bawah nie, serba sedikit mengenai diri ini..yang didengari dari cupingku Oleh mulut2 Orang sekeliling..

  1. sayang my mOm very much
  2. sayang family much2 mOre
  3. kuat menangis..(memang diakui sedari dari kecik)
  4. sOft (err... )
  5. cOver lawa (selalu risau tudung yang senget2)
  6. suka blur..tapi cepat belajar (yeker..hoho)
  7. suka buat muka (tayang expression hudOh)
  8. suka kaler pink yg lembut2..biru lembut..hijau lembut..pepel lembut.. sedap gitu mata memandang
  9. sensitive dengan hal ehwal mak abah (suka bazir air mata dalam parents' matter)
  10. nak badan sOlid tapi tak jaga makan (mak yang kate..)
  11. lOyal.. (ceceyy.. ^.^)
  12. kalau suka satu benda tu, nak yang tu je..
  13. paling malas siram pOkok bunga 
  14. ada ramai kawan. kawan Orang lain pon dia nak kawan. 
  15. kadang2 peramah tak bertempat. kat bustOp pon boleh dapat kawan baru
  16. tak suka tido dalam khemah (xsuka2 pOn dah 3 kali masuk hutan.uhh..takmO pegi lagi)
  17. kalau pergi rumah Orang, suka tengok bilik air rumah tu bersih ke tak
  18. telan apa saja selagi halal dan sedap
  19. xsuka memancing (sebab buang masa)
  20. suka benda yang cantek2 jer...

daa~

 faezahannah 

pssstt.. ada satu lagi tag..tapi tak ingat dah siapa bagi..xdapat track.. sOrry tau sesiapa yang terlibat..hu~ sOrry333x..





Tag : , , ,

Cikgu, macam mane nak jadi baek??

on Thursday, July 8, 2010


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..

Still, aku masih perlu belajar memahami segenap situasi di ruang kelas pendidikan khas.. banyak lagi yang belum aku explOre.. insyaAllah..akan aku cuba belajar sehabis baek! i will!! ceceyy.. ^.^ kOrang dOakan ea

semakin hari semakin sesak Otak ini.. as usual, 'cikgu' nie suka berlagak cOol~ eheh. sedang cuba belajar dan belajar dunia pendidikan khas.. so 'cikgu' ini bercita-cita untuk sentiasa mempamerkan usaha yang terbaek! walOpun sedikit,tapi efisyen.. itu cita-cita aku setakat ini. Oleh itu impian untuk menjadi permaisuri agOng, aku tolak sekejap ke tepi.ahahaha~

Okay! statement best harini daripada seOrang murid bernama muhamad khairul azmi. beliau seOrang hyperactive tahap minimum..tapi ganas sedikit.suka melompat2 dan bertumbuk dan mengusik kawan2. memang tak reti duduk diam. selalu kena tengking dengan cikgu2 laen. hurmm.. kalau mengajar dia nie semacam ada bOunce.. ilmu yang di ajar tu terpantul semula..tak sampai ke Otaknya.. kalau ditegur,ada sahaja jawapan dia. pandai menjawab! 

okay, semalam beliau telah berkata:

"cikgu, macam mana nak jadi baek???"

"errr..." seperti biasa aku terkesima dan berasa pelik.. kenapa laa budak2 nie suka refer kat aku sOklan sebegini rupa?? haihh. mungkin mereka belum pernah lagi melihat taring dan hamburan tahap dewa 18 dari 'cikgu' berlagak cOol ini kot..hoho. tu yang tanya macam2! sebab apa aku cakap begini.. sebab..saban hari aku asyik mendengar leteran dari cikgu yang laen.. mereka asyik menengking dan menjerit.. kata mereka:

"faezah..budak2 nie tak makan saman kalau cakap lembut2..nanti dieOrang pijak kepala kita"

yeke?? 

Okay..we'll see.. aku pon warga baru..tidak bOleh terlalu cepat melatah dan menghukum keadaan..belajar dulu pelan2..kan?? am i right? ^.^

owh..masih belum habis perbualan aku bersama si azmi tadi..erm..then aku pOn cakap kt beliau..:


"azmi, macam mana kite nak jadi baik kalau asyik melawan cakap cikgu..macam mana kite nak jadi baek kalau asyik bertumbuk2..macam mana nak jadi baek kalau asyik nakal..lompat pagar, sepahkan buku2, buang sampah sepah2..azmi bOleh jadi baik kalau azmi selalu buat baek..tau??  "

ntah faham ntah tidak budak nie..tapi aku lega bila dia cuba untuk mendengar aku bercakap.. kalau die nak ikut nasihat aku, alhamdulillah la..tengOkla laa ape perubahan dia esOk.. we'll see!! 

 faezahannah 

psssstt.. tadi azmi mintak aku pOtongkan kuku dia..hoho~ perubahan apekah ini?? aku pula yang cOnfuse @_@

Tag : ,

Cikgu, cikgu cantik!

on Wednesday, July 7, 2010


Assalamualaikum dan salam satu malaysia

Tekak terasa sedikit perit..mungkit sebab banyak menjerit. hoho XD so far anak2 murid masih mahu mendengar cakap aku.. walaupOn kadang2 ada seOrang dua yang degilnyer masyaAllah.. tak mahu menulis, membaca dan bercakap! dOk diam saje takpe..tapi suka mengganggu kawan2 yang lain.. ada saja benda yang nak diusiknya. setakat neh aku memang tak pernah menyepak mengamuk lagi..(cikgu baru kena behave..hehe..) mOod saat ini agak cool..so malas nak marah2..otak aku pon asyik berfikir macam mana nak tarik perhatian mereka..aku lebih suka membawa pendekatan belajar di dalam permainan..maen la apa2 pOn..asalkan mereka ada belajar sesuatu dari cikgu berlagak cOol ini..eheh.

alkisahnyer ada seOrang murid dyslexia.. namanya haikal..sangat cOmel. ala2 chinese look gitu..kalau tengOk fizikalnya, dia seperti murid normal yang lain. petah bercakap.. cepat belajar. tapi cepat lupa.. plus ada masalah dalam pembelajaran, menulis dan membaca tOnggang terbalik. cOntohnya seperti di bawah:


tengOk tu, cara haikal menulis namanya sendiri.. alhamdulillah.. berkat usaha family dan seniOr teacher di kelas pendidikan khas sebelum ini, dia sudah dapat mengenal huruf, menyebut dan mengeja dengan baik. cume bile menulis je laa.. he gOt a bit cOnfuse.. arah tulisan terbalik! 

pagi tadi..haikal menyendeng nyendeng badannya.. macam nak cakap sesuatu..hah! betul lah. dia katakan ini...apekah.. @_@

"cikgu, cikgu cantik! heee heee.."

erk... huhu. ya, aku nampak cantek di matanya.. (walOpun rupa paras aku biase2 je pOn. ceh budak neh.. XD ) kemudian sampai habes waktu sekOlah dia asyik mengintai intai aku. haihh..

hurm..walau apa pOn, bagus laa..dia mampu menilai yang mana cantek, yang mana tak cantek, pada pandangan matanya.. harap2 di kelas mOral dia mampu belajar untuk menilai perbuatan yang mana baek..dan perbuatan yang macam mana di lihat buruk.. hOpefully! 

next, ada sOrang lagi murid dyslexia bernama badrul amin.. hah, yang nie memang langsung tak bercakap di dalam kelas! diam sahaja. tak nakal dan menurut perintah.. bagus la

spesis la nie denagan si haikal..huhu T__T

haa..tengOklah dunia.. mereka juga ada perasaan! nOta cinta di atas nie pulak aku dapati dari lembaran kerja seOrang murid hyperactive. namanya aiman.. chubby budaknya.. comel. hai..aiman..pandai juga kamu berkasih sayang bagai kan.. hahahah. ( pandai pulak lukis bentuk lOve!)

 faezahannah 

pssstt.... ada jugak yang mintak no telefOn! =P

Tag : , , ,

Cikgu, esok nak belajar yassin boleh??

on Monday, July 5, 2010


Assalamualaikum dan salam satu malaysia



Mase aku mule ber'blOgging' dulu, selalu pOst pasal kehidupan seOrang student..serba serbi mengenai suka duka di Universiti.. lecturers..classes..

pastu up siket cerita2 mengenai isu semasa..family matters..friends..

and frOm now on..penulisanku di muka blOg ini beralih kepada kehidupanku sebagai seOrang guru pendidikan khas..so kOrang jangan serik membaca dan menyOkong aku yer..sungguh aku sangat2 menghargai kehadiran rakan2 blOggers ke blOg yang tak seberapa ini..tanpa kOrang..siapalah aku. Okay! aku ada satu statement baekk punya!! 

"cikgu, besOk nak belajar yassin boleh??? "

tanya seOrang murid lelaki hyperactive sambil menunjukkan buku teks pendidikan islam yang sudah terbuka muka surat yang mengandungi beberapa baris dOa pendek..bukan surah yassin pon yang ditunjuknya!

"errr..." aku tak terjawab..terkedu..terkesima seketika @_@

aku tenung anak matanya..hurmm..ape yang budak 8 tahun nie sedang fikirkan..mahu belajar membaca surah yassin?? apa yang dia faham pasal yassin?? dan yang paling maximum kepelikan aku..kenapa die pilih untuk menyebut surah yassin?? sedangkan alif ba' ta' pon die tak tahu!! belajar abc 123 pon ikut suka hati dia..time mood dia nak belajar, dia belajar. time mood dia tak mahu belajar, dia bOleh pulak melOmpat lompat terkinja kinja..kadang2 baring sepah sepah..kat tengah-tengah jalan pOn boleh!! haish..pelik..



at last aku menjawab sambil aku tunduk menyambut buku yang ditunjukkan dari tangan kecilnya..

"Okay..esok pagi2 fikri datang jumpa cikgu tau..kita belajar sama2"

"heee..heeee.." fikri tersengih sengih

 faezahannah 

pssssttt.. kanak2 ribena istimewa begini pon boleh terfikir untuk membaca surah yassin.. tapi sesetengah orang yang cukup akal dan sihat tubuh badan pulak kadang2 terlupa nak mengamalkannya..ada yang xmahu membaca langsung!

Tag : , , ,

terapi diri..lolz!

on Saturday, July 3, 2010


Assalamualaikum..

Sejak mula bekerja.. terasa diri sebuk la pulak! malas nak fikir perkara yang remeh temeh. style hidupku masakini.. aku lebih suka fOkus kepada anak-anak muridku..

bahuku terasa sedikit berat..

uhh..sememangnya terasa berat..hari-hariku dipenuhi dengan tekanan pada awalnya..namun kini dan setiap hari-hari yang mendatang..akan ku sentiasa cuba memperbaiki diri..demi menjalankan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak istimewa..Orang kata..jadi cikgu senang..pergi sekOlah, balik sekolah. banyak cuti. hurmm..hOnestly laa eh..being a teacher is nOt that easy! sukar dan mencabar dalam mendidik jiwa anak-anak masyarakat kita..then,we do have right to have such priority among the Others. 

ya, mereka anak-anak istimewa..

Tuhan..aku terima tugas ini sebagai dugaan..mOga kelak diriku mampu lebih bertahan..akan dugaan yang lebih besar! aku sangat bersyukur kerana punya seOrang emak yang sentiasa meniti dOa di bibirnya..yang mendOakan kesejahteraanku..mOga segala urusanku dipermudahkan..terima kasih ya Tuhan..kerana seOrang emak yang engkau berikan..sayang mak!!muahhs!



Autism..pernah dengar tak?? sure lah kan..



hurmm..spesis itulah yang aku temui..tanggungjawabku untuk memberikan mereka sedikit kefahaman..agar mereka mampu mengenal dunia yang mereka duduki ini..walau hanya untuk menyebut 'M' akan aku usahakan agar mereka faham untuk menggunakan 'M' dalam menyebut Makan, Minum, Mandi..

mereka punya alam sendiri..kadang-kadang aku terasa yang aku bukan mengajar manusia. Tapi aku sedang mengajar dinding, kerusi, meja dan lantai! 



sedikit cerita sekadar untuk cOretan hari ini..
sambutan hari pertamaku di sekOlah itu sangat baik! sambutan yang hangat juga diperOlehi daripada beberapa anak murid istimewa itu. murid perempuan aku benarkan untuk mendapat sedikit belaian dan usapan. yang lelaki..cepat-cepat aku lari!! 

kadang-kadang..keletah mereka buat aku tersenyum sendiri. terasa nk gelak pOn ade! hehe..itula terapi untuk diri sendiri..selalu gelihati walau stress meghurung diri =)

sekian.. pengalaman hebat ini akan menyusul di kemudian hari.. ^.^ bye!

 faezahannah 

psssstt..mereka perlukan lebih dari yang biasa =) semoga Allah memberkati segala usaha.ameen!
Tag : , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO